Tuesday, February 14, 2012

Buat fail PDF

Ok... Ni merupakan post perkongsian aku yang pertama...

Pernah terfikir x mcm mne nak buat file PDF? Bagi mereka yang x tau tu... PDF (Portable Document Format) ni adalah suatu format fail yang dipermudahkan untuk dibaca sama macam Word, Excel, Power Point dan lain2 yang ada teks dan gambar... Cuma fail PDF ni senang digunakan dan senang dimuat turun dan tidak boleh diubah macam Word...

Bagusnya kalau kita nak hantar Resume lagi baik dalam format PDF ni supaya maklumat kita tak boleh diubah... 

Tapi mcm mne nak buat fail PDF ni? Senang je sebab dah banyak software2 percuma kat pasaran mcm CutePDF Writer, Pdf995, PDFCreator dan banyak lagi...

Tapi aku lebih suka PDF creator yg satu ni nama dia PDFill sebab selain dia boleh jadikan fail PDF dari pelbagai dokumen application, dia jugak boleh gabungkan (merge) fail PDF yang banyak menjadi 1 fail PDF, boleh asingkan (Split) dan susun muka surat PDF, boleh pusing (Rotate) atau sunting (Crop) dan macam2 lg...


Kalau nak ada software ni kna install 3 benda ni dan install ikut turutan...

1. Java boleh download kat sini JAVA
2. Ghost script download kat sini GS
3. PDFill download kat sini PDFill

Monday, February 13, 2012

Aku dah ada blog sendiri..

Alhamdulillah... Akhirnya tercapai juga hasrat ku untuk mempunyai sebuah blog setelah melihat adik aku ada BLOG dia sendiri... Dalam blog ni dapat aku luahkan segala ilmu yang aku ada untuk aku kongsikan dengan semua... Segala ilmu samada berkenaan IT atau tidak adalah berdasarkan pengalaman aku...


Sepanjang pengalaman aku dalam bidang Infrastructure in IT aku dapat banyak pengetahuan tentang IT... Kalau aku simpan buat pekasam ape yang aku dapat... So baik aku kongsikan supaya ianya berkembang (jangan jadi kedekut ilmu)... Pahala pun berganda2...


Bagi sesiapa yang ingin bertanyakan apa2 tentang IT atau nak minta pendapat boleh silakan bertanya... Kita sama2 bertukar2 pendapat dan pandangan...


Semoga apa yang aku buat ni dengan nama-Nya dan mendapat rahmat dan kudrat daripada-Nya jua...